Tepat jam 7.30pagi(janji melayu), seramai 13 orang dan 4 buah kereta sudah berkumpul di stesen minyak Shell. Perjalanan yang memakan masa hampir 4jam, termasuk sarapan pagi di kawasan Simpang Rengam. Perjalanan diketuai oleh SaudaraNizam yang memandu sendiri kenderaan milik ayahnya, Proton Saga Putih aka 'P
utih Otai' turut serta dilantik sebagai 'Marshall' konvoi kali ini.
Perjalanan yang berliku-liku, mengharungi selekoh, anak bukit, melintasi kawasan ternakan haiwan malah sepanjang perjalanan hanya berlatarkan ladang sawit. Atas sebab itu, perjalanan dirasakan bebitu lama dan jauh. Apa yang membanggakan, 'Putih Otai' masih mampu untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang. Al-maklum, 'Putih Otah' adalah antara yang terveteren dikalangan kenderaan yang lain.
Jam 10.30 pagi, konvoi tiba di tapak kawasan air terjun Gunung Belumut. Amat mengejutkan sedikit bila sampai sahaja, kawasan parking sudah dipenuhi kenderaan pengunjung yang datang lebih awal dari kami. Ingatkan kami semua adalah peserta terawal. Sedikit mengecewakan apabila parking yang dibayar RM2 hanyalah dibawah pokok kelapa sawit. Kasawan parking yang tersergam indah ditutup untuk orang awam atas sebab projek tersebut belum dirasmikan.
Itu semua tidak dipedulikan lagi, gerak hati tak sabar nak memcecahkan kaki ke air terjun. Barang-barang yang dibawa, diangkut kesemuanya sambil tercari-cari lokasi yang sesuai untuk diterjah. Kawasan-kawasan kebiasaan telah dipenuhi oleh keluarga2 yang datang. Perjalanan semakin jauh kedalam hutan. Sangkaan menjelaskan semakin kedalam hutan semakin damai, namun ada juga beberapa 'belangkas' yang ditemui dalam perjalanan kami yang semakin jauh. Ahhh....kedamaian yang dicari, lebih baik jauh daripada orang.

0 comments:
Post a Comment