Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Saturday, August 15, 2009

COMMUNITY SHIELD...


Salam pertemuan...kebetulan bahang EPL semakin terasa. Lama rasanya tidak muncul dengn coretan, sebab terlampau sibuk ditambah pula dengan line internet yang meragam semenjak dua menjak ni. Itu semua tak menjadi penghalang kepada demam bola yang akan berulang. Tak la fanatik sangat, tapi perlu diambil perhatian disebalik kesibukan assignment dan projek sarjana muda. seperti musim lepas, minat terarah untuk menyokong Manchester United. Walaupun ramai yang telah meletakkan jawatan sebagai penyokong MU sejak pemergian C.Ronaldo. Rasanya tu tak menjadi masalah dan tak membawa sebarang impak kepada MU. Kehadiran Valencia dan Owen mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh "pelakon" itu. Ditamah pula dengan kehebatan Nani yang semakin menjadi. Jadi tak perlu risau tentang prestasi MU pada musim ini. Walaupun permulaan musim mereka mencatat kekalahan kepada Chelsea dalam Piala Perisai Komuniti.



Bagi penyokong-penyokong MU yang telah resign tu, balik-baliklah kepangkal jalan. Teruskan sokongan anda kepada MU...

Friday, August 7, 2009

SEMARAK RAMADHAN MSI BERJALAN LANCAR

s

Salam pertemuan....

Hari ini kebetulan hari cuti. Rase penat dan malas untuk melakukan aktiviti baik main futsal dan badminton. Penat bertungkus-lumus malam tadi belum hilang rasanya. Tapi kepuasan hati tidak dapat digambarkan bila program yang dianjurkan berjalan lancar. Kesilapan kecil-kecilan tu biasa la, demikianlah yang dinamakan manusia dan tidak boleh dinafikan mereka terbebas dari sebarang kesalahan.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan kata "Tahniah dan Syabas" kepada pengarah program Semarak Ramadhan malam tadi iaitu Ustaz Abdul HAfiz Bin Hj. Abdullah (Pen. Pengarah MSI). Pasti beliau tersenyum lebar sebab program yang dianjurkan berjalan lancar. Manusia mana yang tidak mahu melihat perancangan yang diatur menepati segalanya. Walaupun kita manusia biasa yang hanya mampu merancang. Tapi dengan berkat usaha dan tawakal, maka kita perlu yakin bahawa apa yang kita rancang itu mendapat keredhaan Allah SWT.

Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah buat semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program malam tadi. Terutamanya kepada para jemaah yang menghadirkan diri atas dasar memperolehi ilmu dan membuat persediaan sebelum menjelangnya Ramadhan. Juga kepada penceramah undangan iaitu Sahibussamahah Dato' Hj. Nooh Bin Gadot yang menyampaikan ceramah beliau dengan begitu menarik. Apa yang ingin dikongsikan disini ialah berkenaan dengan kata-kata Dato' berkenaan "7 Golongan " yang tinggi martabatnya disisi Allah. Golongan tersebut majoritinya melibatkan remaja, belia, anak muda dan seumpama dengannya.

Alangkah beruntungnya golongan manusia sedemikian. Tetapi berapa ramai yang mengambil berat tentang kelebihan yang telah diwar-warkan seumpama soalan peperiksaan bocor. Seumpama suatu pertandingan, prasyarat sudah diketahui juga habuan yang akan dimiliki. Tetapi para peserta yang ditunggu tidak tiba. Maka beruntunglah mereka yang hadir itu yang mengerti akan kelebihan perkara tersebut.

p/s : Bukan senang untuk menghargai dan mengerti sebarang kelebihan yang dimiliki. Hanya mereka yang waspada dan prihatin sahaja yang berjaya merobek rahsia yang tersembunyi dilubuk sanubari seseorang insani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...