Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Thursday, December 24, 2009

Geng Lumut Mencari Kedamaian...

Aktiviti tahun baru hijrah kali ini berlainan dengan sebelumnya. Kali ini amat meriah dengan cadangan untuk bercamping di kawasan air terjun. Walaupun cadangan telah dibuat sejak dari semester sebelumnya, tapi memandangkan masing2 menyibukkan diri dengan hal peribadi maka banyaklah penundaan berlaku. Masa berlalu, cuti semester pun telah selesai dan berduyun-duyunlah siswa-siswi pulang ke tempat perjuangan. Termasuklah 'classmate' yang best-best belaka. So, memandangkan awal-awal semester ni masih banyak kekosongan masa maka timbulnya idea untuk melakukan cadangan lama.

Tepat jam 7.30pagi(janji melayu), seramai 13 orang dan 4 buah kereta sudah berkumpul di stesen minyak Shell. Perjalanan yang memakan masa hampir 4jam, termasuk sarapan pagi di kawasan Simpang Rengam. Perjalanan diketuai oleh SaudaraNizam yang memandu sendiri kenderaan milik ayahnya, Proton Saga Putih aka 'Putih Otai' turut serta dilantik sebagai 'Marshall' konvoi kali ini.

Perjalanan yang berliku-liku, mengharungi selekoh, anak bukit, melintasi kawasan ternakan haiwan malah sepanjang perjalanan hanya berlatarkan ladang sawit. Atas sebab itu, perjalanan dirasakan bebitu lama dan jauh. Apa yang membanggakan, 'Putih Otai' masih mampu untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang. Al-maklum, 'Putih Otah' adalah antara yang terveteren dikalangan kenderaan yang lain.

Jam 10.30 pagi, konvoi tiba di tapak kawasan air terjun Gunung Belumut. Amat mengejutkan sedikit bila sampai sahaja, kawasan parking sudah dipenuhi kenderaan pengunjung yang datang lebih awal dari kami. Ingatkan kami semua adalah peserta terawal. Sedikit mengecewakan apabila parking yang dibayar RM2 hanyalah dibawah pokok kelapa sawit. Kasawan parking yang tersergam indah ditutup untuk orang awam atas sebab projek tersebut belum dirasmikan.

Itu semua tidak dipedulikan lagi, gerak hati tak sabar nak memcecahkan kaki ke air terjun. Barang-barang yang dibawa, diangkut kesemuanya sambil tercari-cari lokasi yang sesuai untuk diterjah. Kawasan-kawasan kebiasaan telah dipenuhi oleh keluarga2 yang datang. Perjalanan semakin jauh kedalam hutan. Sangkaan menjelaskan semakin kedalam hutan semakin damai, namun ada juga beberapa 'belangkas' yang ditemui dalam perjalanan kami yang semakin jauh. Ahhh....kedamaian yang dicari, lebih baik jauh daripada orang.

Akhirnya, tiba juga disatu kawasan yang agak bersesuaian dari segi persekitaran dan kedalaman kawasan air terjun. Dengan perasaan tidak sabar, semua melakukan terjunan kedalam air terjun. Akhirnya Geng Lumut berjaya mencari kedamaian yang diidam-idamkan....

Thursday, December 17, 2009

Azam Tahun Baru




Selamat datang tahun 1431H, semoga pemergian 1430H membawa erti dalam kehidupan kita semua. Saban tahun, bila tibanya bulan Muharram pastinya Dzulkaedah terkesan dalam kehidupan yang ditempuh. Pastinya malam ini, seluruh umat Islam menyambut kedatangan tahun baru dengan cara-cara tertentu.

Adat kebiasaannya, sebelum waktu maghrib akan dibacakan doa akhir tahun dan disusuli oleh doa awal tahun pada selepas maghrib. Mudah-mudahan apa yang dibacakan itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

Kepada sahabat dan seluruh kenalan, diucapkan salam tahun baru. Semoga azam yang kalian panjatkan akan dimakbulkan dan akan tercapai....

Monday, December 14, 2009

Terbalas juga akhirnya...

Tepat jam 10.27 minit pagi, handpdone berbunyi dan menandakan ada mesej yang telah diterima. Gambaran awal tidak menyangka dalam pemikiran siapa gerangan yang menghantar mesej. Berkemungkinan daripada maxis yang mengatakan credit hampir tamat tempoh. Setelah unlock keypad, jari jemari terus ligat menekan butang menuju ke peti masuk mesej.

Paparan nama menunjukkan "utmShuhaimi".....Wow!!! tak sangka, mesej yang aku send malam semalam terbalas juga. Al-maklumlah orang da berumahtangga, nak-nak baru tak sampai sebulan. Orang kata rambut masih basah lagi. Dari masih bau-bau manis lagi. Macam-macam istilah terkeluar. Thanks la bro coz balas mesej aku. Memang pada awlnya tak menyangka mesej yang dihantar akan terbalas. Barangkali empunya diri sibuk melayan orang baru dalam hidup. Mesej hanya sekadar bertanya khabar dan tidak lebih dari itu.

Katanya on the way nak balik Johor. Maknanya aku masih boleh promote untuk part time job yang akan bermula minggu depan. Mengingatkan tentang best frenz aku nih, teringat pula pasal Majlis perkahwinan orang yang begitu popular dikalangan kami. Siapa tak kenal dengan Abang Taufik Usrah. Seorang yang peramah dan berperwatakan lemah lembut. Sejuk hati barangsiapa yang memandangnya...

Tanggal 12 December 2009, berlangsungnya majlis perkahwinan Abang Taufik. Katanya majlis tersebut dibuat dalam keadaan kelam kabut. Maklumlah first time buat kenduri kahwin memang lah macam tu...Tapi apa pun CONGRATULATION coz dah jadi milik orang dan dah bertukar status. Segala kenangan semasa "zaman-zaman bujang" takan aku upakan...haha.. Especially semasa kenangan masa "Trip ke Kelantan". Wow, banyak pengalaman, kenangan yang tak dapat dilupakan. Especially kenangan antara kami bertiga (Aku, Taufek dan Abg. Taufik) bersama kuih akok. Ada cerita disebalik itu, jika dikenang pastinya akan membuatkan kami bertiga tergelak sendirian...


kuih akok yang sedap, membuatkan kami bertiga ada pengalaman disebalik eksedapannya...



Akhir kata, khususnya kepada Abang Taufik dan Bro Sehmi berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat...

Sesuatu yang membanggakan untuk rakyat Malaysia...

Tepat jam 8.00 malam, siaran langsung perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Laos ke udara. Rasanya majoriti televisyen di Malaysia tertumpu hanya pada TV2 yang mana satu-satunya channel yang menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut. Mana tak nya, siaran langsung tersebut berharga hampir RM50,000 sepertimana yang dinyatakan dalam akhbar Utusan Malaysia. Memang rugi siapa yang tak menonton...

Hasilnya, skuad Malaysia memperoleh kejayaan dengan membenam Laos dengan jumlah gol yang agak membanggakan. Seawal minit ke-14, Malaysia sudah mendahului. Keseluruhannya, pemain Malaysia menguasai perlawanan. Syabas dan tahniah buat skuad K.Rajagobal atas usaha membawa skuad bola sepak Malaysia kembali ceria dan digeruni. Hanya pentas final yang membuktikan kekuatan sebenar skuad harimau apabila berhadapan tuan rumah, Vietnam. Sekali lagi, sokongan seluruh rakyat Malaysia diperlukan untuk membantu kejayaan Malaysia dalam kempen Sukan Sea yang ke-25...

Sunday, December 13, 2009

Ending of Semester Break...Get ready for New and Last Semester.


Pagi ni dapat mencelah seketika dan dpat membuat coretan. Rasanya coretan kali ini nak ditujukan pada member-member classmate yang hampir semuanya dah balik semula ke universiti setelah hampir sebulan cuti. Mengikut kalendar universiti, hari ini bermulanya kuliah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Harap-harap kalian semua sudah mempunyai jadual sendiri...Hehe...atau boleh lihat dan download disini..



Ini merupakan semester akhir kalian di UTM. Selamat menempuh dengan jayanya. Tiada apa yang perlu ditakutkan, jangan risau. Apa-apa pun, selamat menghadiri kuliah dan jangan ponteng-ponteng. Itulah rahsia kejayaan yang sebenarnya..hehe..Maklumlah dah jadi senior dan yang paling utama adalah tahun akhir. Itu menjadi satu kebanggaan kerana kalian hampir mencapai satu daripada bermaca-macam puncak kejayaan.

Begitu juga buat semua junior-junior kos yang mungkin awal-awal pagi dah menunggu bas atau menaiki kenderaan sendiri ke kuliah. Moga segala usaha dan susah payah anda semua dibalas dengan kejayaan yang berganda.

Saturday, December 12, 2009

Berbangga untuk seketika jika anda rakyat Malaysia...




Hari ini, telah tercipta sejarah sukan bola sepak. Seluruh dada-dada akhbar telah menayangkan dan melaporkan saat manis kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Walaupun anda hakikatnya bukan seorang kaki bola ataupun seorang yang buta mengenai sukan tanah air, tapi berilah sedikit perangsang kepada mereka. Ataupun cukup sekadar hanya berlakon berbangga dengan kejayaan mereka.

Hakikatnya, pemain Malaysia bermain dengan cantik walaupun pada awalnya ketinggalan gol. Dengan semangat membawa nama Malaysia, Semua itu diketepikan gara-gara ingin beraksi di pentas final. Saksikan jaringan cantik yang telah menghapuskan cita-cita Thailand menjadi juara berganda disini...

Friday, December 11, 2009

Pulang Ke Pangkuan...

3 hari tanpa internet seakan-akan menimbulkan perasaan rindu dan keinginan untuk membuat coretan. Bukan apa sangat pun, sekadar suka-suka menghilangkan kebosanan. Itulah hakikatnya bila kerja diluar. Lokasinya taklah jauh sangat, hanya di Port Dickson dan Lenggeng. Satu lagi lokasi yang pelik telah aku terokai. Memang mencabar bagi orang luar. Jalan penyelesaiannya ialah bertanya kepada orang tempatan bagaimana untuk ke Lenggeng.

Peliknya, jawapan yang diberikan orang tempatan rata-ratanya adalah berlainan. Itulah yang menyebabkan aku tersesat jalan hampir sejam. Yang bengangnya bila perjalanan sejam itu adalah menuju semula ke tempat penginapan di Hotel Selesa Beach Resort. Suatu pembaziran masa telah berlaku. Bayangkan sejam di dalam kereta dan diatas jalan raya.

Itulah satu pengorbanan dan cabaran semata-mata untuk sampai ke Excel Training Resort....Sape yang tak kenal dengan tempat nih, memang famous...Resort yang diusahakan oleh Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadhilah Kamsah and The Gang...First time sampai, memang seronok. Kawasan yang dikelilinga dengan bukit. Betul-betul di kawasan kaki bukit. Tapi yang peliknya, suasana macam di tepi pantai. Indahnya kejadian Tuhan yang maha Esa. Walaupun sampai pada waktu malam, namun dapat dirasakan keindahannya...Walaupun dalam keletihan, sempat juga join qiamullail dengan peserta program...

Monday, December 7, 2009

5 Hari Bagaikan Sebulan Rasanya




Harini genap 5 hari bekerja sebagai seorang pustakawan dan penjilidan buku-buku. Persepsi pada hari pertama bekerja sememangnya seakan-akan amat mudah bekerja sebagai pustakawan ni. Lagi-lagi situasi tempat kerja yang 'mengasyikkan' dan 'mencairkan' mana-mana tubuh manusia yang menikmatinya. Al-maklumlah, pejabat yang dipenuhi dengan fasiliti yang serba lengkap dari sudut penghawa dingin, internet dan lantai yang dipenuhi dengan karpet yang amat sesuai untuk melelapkan mata.

Menurut apa yang telah dipelajari, persepsi awal itu tidak boleh dijadikan bukti dan hujah yang kuat untuk menyokong suatu keadaan melainkan situasi itu sudah dialami dan ditempuhi. Huhh, masuk hari ke 5 bekerja macam-macam perasaan turut hadir. Kebosanan adalah satu perasaan yang majoriti menghantui diri ini. Mana tak nya, tempat kerja ala-ala di bawah tanah. Jauh dari orang ramai. Ini juga diakui oleh 'Bos' aka orang utama yang dipertanggungjawabkan dalam menyelesaikan kerja ini. Aku juga sebenarnya hanya 'assistant'nya sahaja.

Opppsss....'Bos' dah jeling-jeling...Maknanya, banyak kerja kena 'settle'kan sebelum semester baru bermula... Okeh, sampai sini dulu. Insya Allah akan bersambung kalau dapat curi-curi guna internet lagi. Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...