Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Di Atas Berita Yang Menggembirakan...


Salam Ukhuwwah,
Hari ini rasanya terpanggil untuk membuat coretan setelah beberapa hari kebelakangan ini menyusun idea yang tak seberapa nak tersusun di dalam kotak pemikiran...Kebetulan hari Jumaat yang mulia, ada peluang sedikit masa untuk membuat perkongsian dalam keadaan diri yang terlampau "buat-buat" sibuk...



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).



Berbalik pada tajuk awal posting kali ini, ingin ditujukan khusus buat sa
habat-sahabat yang menerima beberapa berita yang menggembirakan. Mungkin satu petanda baik dalam menempuh kehidupan sebagai seorang hamba yang diperlukan masyarakat. Khusus buat sahabat-sahabat yang menerima panggilan untuk "posting" daripada KPM. Nampaknya kalian bernasib baik kerna masih diperlukan di semenanjung. Lagi-lagi yang dapat Johor, leh la join aku sambung belajar...hehehe. Bagi yang sedang menanti-nanti kehadiran 'abang posmen', nantikanlah dengan penuh harapan. Jangan putus-asa, janji Allah SWT pada orang yang bersabar pasti ada. Rezeki, Jodoh, Ajal & Maut telah Allah tetapkan. Pasti ada hikmah jikalau kita tak berpeluang untuk memperolehinya. Mungkin ada yang lebih baik yang akan kita perolehinya.


Juga buat sahabat-sahabat yang berjaya dalam permohonan kemasukan KPLI, selamat menduduki ujian Mtest dengan jayanya. Tahniah diucapkan kerana berminat untuk menjadi seorang pendidik. Itulah aset yang akan kita bawa ke alam akhirat, tiada lagi harta dan pangkat yang dibanggakan. Ingatlah pesan Rasulullah saw bahawa 3 perkara yang tidak akan putus jika matinya seorang anak Adam, salah satunya ialah 'Ilmu yang diajarkan kepada orang lain dan dimanfaatkannya' juga mungkin 'anak-anak murid yang soleh yang mendoakan pendidiknya'. Bukan atas sebab kata orang 'maklumlah nak jadi cikgu sekarang ni senang, gaji pun besar, kalau dulu orang tak pandang'. Kalau difikirkan hanya 'gaji', 'senang dapat kerja' maka itulah yang kita dapat. Jika sebaliknya, besar kelebihan yang tersirat di sisi Allah SWT.


Tahniah juga buat sahabat-sahabat "postgraduate" yang dah menerima b
iasiswazah Zamalah semalam...Masing-masing kegembiraan setelah sekian lama menunggu...Mana tak nya, sekali dapat RM10k...Putih mata tuuuu...Tapi kena beringatlah ye sahabat-sahabat, besar yang diberi besar juga tanggungjawab kita...Semoga kalian peroleh kejayaan, doakan untukku juga agar di bank in cepat...huhu (semalam check akaun still tak masuk lagi).



Okeh, setakat itu sahaja...
Nak buat persiapan LCD dan Projektor, nak edit-edit powerpoint untuk jemaah 'foreigner UTM'. Wassalam...

p/s : Ayuh !!!...Hari Jumaat kan enak kalau datang awal ke masjid...

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...