Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Monday, November 15, 2010

Hero kan Kalah Awal...Hero ke???

Salam pertemuan buat sahabat handai,
Terasa ingin menulis malam ni walaupun fikiran sedang bercampur-baur dengan masalah + mood nak Raya Qurban. Firstly, rasanya belum terlambat untuk menghulurkan ucapan buat yassir atas berita yang menggembirakan daripada KPM. Segala keputusan selanjutnya, buatlah yang terbaik.

Seperti biasa, jam 5.30petang pulang daripada library PSZ. Itu pun rasa macam awal daripada biasa, sebabnya mahu menonton 'perlawanan terhormat' Malaysia vs Iran. Walaupun agak kelewatan, namun sangkaan awal meleset. Ingatkan ramai penonton di depan TV, namun hanya beberapa sahaja. Barangkali mungkin itu penonton VVIP, maklumlah perlawanan yang melibatkan 'Hero negara'. Keputusannya :

Apapun tahniah buat 'Hero Negara' yang menampilkan persembahan yang terhormat buat rakyat Malaysia. Mungkin peristiwa itu disebabkan kesilapan 'pengadil' ataupun 'teknikal'. Tapi tak boleh mengharapkan kesilapan orang lain semata-mata, jangan seperti cerita dalam lagu 'bangau oh bangau' dan 'tanya sama pokok'...Fikirkanlah, jangan asyik mahu menuding jari sahaja. Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku, seterusnya diaplikasi. Jangan asyik mahu ambil pengalaman dan pengajaran sahaja tetapi tak diamalkan. Buat 'Hero Negara' ambillah peluan keemasan yang anda miliki...Jadilah 'Hero' yang dapat memenangi hati peminatnya...

Ok, mau tidur dulu. Terasa semacam dipanggil-panggil oleh bantal dan selimut.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...