Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Friday, November 12, 2010

Seperkara Yang Membuatkan Aku Tertarik


sumber : Berita Harian Online

Hari ini seperti biasa, menjejakkan kaki ke library...Seperti kebiasaan hari-hari bekerja walaupun hakikatnya hari sabtu. Hari yang sepatutnya pada waktu ini aku berada di rumah. Tapi minggu ni terasa macam tak nak balik, nak bertapa di library PSZ sahaja. "Maaf buat mak dan abah sebab anakmu ini tak balik minggu ini". Lagipun minggu depan memang wajib balik sebab "Idul Adha" walaupun geng-geng office ajak beraya di Universiti. Maaf juga buat roomate ku, sahabat tumpanganmu ini asyik tiada di bilik sahaja. Semaca iklan biskut, sekejap ada sekejap tiada.(tapi itu biskut, bukan aku ya)

Lepas menghabiskan waktu pagi dengan mencari bahan penyelidikan secara online, lepas menunaikan kewajipan dan lepas menunaikan kehendak perut...Jam 2.45 ptg amu masuk kembali ke library atas tujuan yang sama iaitu mencari bahan. Tapi bila terpandang di kaca televisyen dalam PSZ, ada sesuatu yang menarik perhatian.

Berbalik kepada tajuk dan gambar posting kali ini, moodnya adalah Sukan Asia 2010 di China. Melihat kepada kontinjen negara yang 'segak' bersongkok bagi atlet dan pegawai lelaki dan tertarik juga dengan kontinjen Qatar. Apa kaitannya songkok dan atlet Qatar???


Fokusnya pada pemain Ping Pong Qatar yang sungguh sopan bila menyertai temasya besar seperti ini. Siapa kata dengan menutup aurat tidak boleh mewakili negara??? Hakikatnya bukan luaran yang dilihat, tetapi fokus utama adalah bakat dan kebolehan yang ada...

Okeh, sambung mencari bahan semula...kalau ada masa sambung lagi...

p/s : Bilalah dapat melihat atlet negara sendiri seperti ini...

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...