Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Monday, November 15, 2010

Hero kan Kalah Awal...Hero ke???

Salam pertemuan buat sahabat handai,
Terasa ingin menulis malam ni walaupun fikiran sedang bercampur-baur dengan masalah + mood nak Raya Qurban. Firstly, rasanya belum terlambat untuk menghulurkan ucapan buat yassir atas berita yang menggembirakan daripada KPM. Segala keputusan selanjutnya, buatlah yang terbaik.

Seperti biasa, jam 5.30petang pulang daripada library PSZ. Itu pun rasa macam awal daripada biasa, sebabnya mahu menonton 'perlawanan terhormat' Malaysia vs Iran. Walaupun agak kelewatan, namun sangkaan awal meleset. Ingatkan ramai penonton di depan TV, namun hanya beberapa sahaja. Barangkali mungkin itu penonton VVIP, maklumlah perlawanan yang melibatkan 'Hero negara'. Keputusannya :

Apapun tahniah buat 'Hero Negara' yang menampilkan persembahan yang terhormat buat rakyat Malaysia. Mungkin peristiwa itu disebabkan kesilapan 'pengadil' ataupun 'teknikal'. Tapi tak boleh mengharapkan kesilapan orang lain semata-mata, jangan seperti cerita dalam lagu 'bangau oh bangau' dan 'tanya sama pokok'...Fikirkanlah, jangan asyik mahu menuding jari sahaja. Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku, seterusnya diaplikasi. Jangan asyik mahu ambil pengalaman dan pengajaran sahaja tetapi tak diamalkan. Buat 'Hero Negara' ambillah peluan keemasan yang anda miliki...Jadilah 'Hero' yang dapat memenangi hati peminatnya...

Ok, mau tidur dulu. Terasa semacam dipanggil-panggil oleh bantal dan selimut.

Friday, November 12, 2010

Seperkara Yang Membuatkan Aku Tertarik


sumber : Berita Harian Online

Hari ini seperti biasa, menjejakkan kaki ke library...Seperti kebiasaan hari-hari bekerja walaupun hakikatnya hari sabtu. Hari yang sepatutnya pada waktu ini aku berada di rumah. Tapi minggu ni terasa macam tak nak balik, nak bertapa di library PSZ sahaja. "Maaf buat mak dan abah sebab anakmu ini tak balik minggu ini". Lagipun minggu depan memang wajib balik sebab "Idul Adha" walaupun geng-geng office ajak beraya di Universiti. Maaf juga buat roomate ku, sahabat tumpanganmu ini asyik tiada di bilik sahaja. Semaca iklan biskut, sekejap ada sekejap tiada.(tapi itu biskut, bukan aku ya)

Lepas menghabiskan waktu pagi dengan mencari bahan penyelidikan secara online, lepas menunaikan kewajipan dan lepas menunaikan kehendak perut...Jam 2.45 ptg amu masuk kembali ke library atas tujuan yang sama iaitu mencari bahan. Tapi bila terpandang di kaca televisyen dalam PSZ, ada sesuatu yang menarik perhatian.

Berbalik kepada tajuk dan gambar posting kali ini, moodnya adalah Sukan Asia 2010 di China. Melihat kepada kontinjen negara yang 'segak' bersongkok bagi atlet dan pegawai lelaki dan tertarik juga dengan kontinjen Qatar. Apa kaitannya songkok dan atlet Qatar???


Fokusnya pada pemain Ping Pong Qatar yang sungguh sopan bila menyertai temasya besar seperti ini. Siapa kata dengan menutup aurat tidak boleh mewakili negara??? Hakikatnya bukan luaran yang dilihat, tetapi fokus utama adalah bakat dan kebolehan yang ada...

Okeh, sambung mencari bahan semula...kalau ada masa sambung lagi...

p/s : Bilalah dapat melihat atlet negara sendiri seperti ini...

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Di Atas Berita Yang Menggembirakan...


Salam Ukhuwwah,
Hari ini rasanya terpanggil untuk membuat coretan setelah beberapa hari kebelakangan ini menyusun idea yang tak seberapa nak tersusun di dalam kotak pemikiran...Kebetulan hari Jumaat yang mulia, ada peluang sedikit masa untuk membuat perkongsian dalam keadaan diri yang terlampau "buat-buat" sibuk...



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).



Berbalik pada tajuk awal posting kali ini, ingin ditujukan khusus buat sa
habat-sahabat yang menerima beberapa berita yang menggembirakan. Mungkin satu petanda baik dalam menempuh kehidupan sebagai seorang hamba yang diperlukan masyarakat. Khusus buat sahabat-sahabat yang menerima panggilan untuk "posting" daripada KPM. Nampaknya kalian bernasib baik kerna masih diperlukan di semenanjung. Lagi-lagi yang dapat Johor, leh la join aku sambung belajar...hehehe. Bagi yang sedang menanti-nanti kehadiran 'abang posmen', nantikanlah dengan penuh harapan. Jangan putus-asa, janji Allah SWT pada orang yang bersabar pasti ada. Rezeki, Jodoh, Ajal & Maut telah Allah tetapkan. Pasti ada hikmah jikalau kita tak berpeluang untuk memperolehinya. Mungkin ada yang lebih baik yang akan kita perolehinya.


Juga buat sahabat-sahabat yang berjaya dalam permohonan kemasukan KPLI, selamat menduduki ujian Mtest dengan jayanya. Tahniah diucapkan kerana berminat untuk menjadi seorang pendidik. Itulah aset yang akan kita bawa ke alam akhirat, tiada lagi harta dan pangkat yang dibanggakan. Ingatlah pesan Rasulullah saw bahawa 3 perkara yang tidak akan putus jika matinya seorang anak Adam, salah satunya ialah 'Ilmu yang diajarkan kepada orang lain dan dimanfaatkannya' juga mungkin 'anak-anak murid yang soleh yang mendoakan pendidiknya'. Bukan atas sebab kata orang 'maklumlah nak jadi cikgu sekarang ni senang, gaji pun besar, kalau dulu orang tak pandang'. Kalau difikirkan hanya 'gaji', 'senang dapat kerja' maka itulah yang kita dapat. Jika sebaliknya, besar kelebihan yang tersirat di sisi Allah SWT.


Tahniah juga buat sahabat-sahabat "postgraduate" yang dah menerima b
iasiswazah Zamalah semalam...Masing-masing kegembiraan setelah sekian lama menunggu...Mana tak nya, sekali dapat RM10k...Putih mata tuuuu...Tapi kena beringatlah ye sahabat-sahabat, besar yang diberi besar juga tanggungjawab kita...Semoga kalian peroleh kejayaan, doakan untukku juga agar di bank in cepat...huhu (semalam check akaun still tak masuk lagi).



Okeh, setakat itu sahaja...
Nak buat persiapan LCD dan Projektor, nak edit-edit powerpoint untuk jemaah 'foreigner UTM'. Wassalam...

p/s : Ayuh !!!...Hari Jumaat kan enak kalau datang awal ke masjid...

Wednesday, November 3, 2010

1 in 2 = 2 in 1

salam ukhuwwah...
bersua kembali setelah lama menyepi.
semakin mula berjinak kembali dengan dunia penulisan blog.
bukan senang nak mencurah idea, lebih-lebih lagi bukan dari golongan orang yang suka bersastera dan berkarya.
kalau setakat merepek dan merapu memang mudah, tetapi nak cari yang ilmiah memerlukan renungan yang jauh.
---------------------------------------------------------------------------------------
bukan topik ini sebenarnya yang ingin diperkatakan.
dek kerana berjam-jam termenung di depan komputer riba sebab nak mulakan bicara.

---------------------------------------------------------------------------------------


nak ceritanya, buat 2 kerja dalam 1masa memang sukar. macam gambar ni, bila kerja di gambar 1 dilakukan serentak dengan kerja di gambar 2 apa akan terjadi? adakah bermakna buat kerja tak fokus? adakah sebab nak mengejar masa? (masa boleh dikejar ke?) ataupun sudah terbawa-bawa dengan perangai lama? (suka buat kerja last minute, sendiri mau ingat.)

-----------------------------------------------------------------------------------------

apa yang nak diceritakan?
pagi ni ada Champion League.
kan bagus kalau boleh buat 2 kerja dalam 1 masa.
bangun malam = tengok bola + qiamullail
boleh ke?

tepuk dada + tanya iman = qiamullail berjaya

tepuk dada + tanya hati = champion league

------------------------------------------------------------------------------------------

cerita sebenarnya, untuk muhasabah diri.
khusus diri orang yang menulis ni.
bukan senang nak buat apa yang diperkatakan dan dicoretkan.
silap-silap makan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...