SPM datang lagi... Siapa yang tak gerun menanti kedatangannya. Hatta orang yang dah bersedia sekalipun, pastinya terasa gerun bila tiba waktunya. Bahkan mereka-mereka yang gemar ponteng sekolah juga terasa bahangnya. Lebih-lebih lagi orang macam aku, sungguh kelakar apabila mengenangkan kisah silam di sekolah menengah dahulu. Macam-macam perkara terjadi, nampak je skema. Tapi hakikatnya seorang pelajar yang nakal. Tapi taklah sampai tahap melakukan kes berat, sekadar suka-suka saja.
SPM tahun ni aku rasa macam terdetik untuk mengingatinya. Tak tahulah sebab apa, yang pastinya sebelum-sebelum ini tak pernah pun aku berat hati untuk mengetahuinya. Mungkin aku agak rapat dengan Mus'ab, anak penyelia PSM aku yang sekarang ini sedang menduduki SPM.
Selepas peristiwa bermain boling di Skudai Parade, kami agak kerap bermesej. Mungkin susulan dari perbualan semasa bermain boling pada malam minggu beberapa minggu yang lepas. Perbualan kami lebih tertumpu kepada peperiksaan SPM yang bakal tiba.
Tanggal 18 / 11 / 2009, aku telah menghantar mesej kepadanya dengan memberikan ucapan semoga sukses dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya. Semoga dapat menjawab segala soalan yang diberikan dengan tenang. Aku berharap, kata-kata semangat ini dapat meningkatkan motivasinya semasa berada di dewan peperiksaan. Juga umumnya kepada semua pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, ku doakan agar memperolehi kejayaan didalam peperiksaan SPM ini yang akan menentukan halatuju anda semua selepas ini...

0 comments:
Post a Comment