Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Wednesday, November 25, 2009

Kawan Ku Kawin.....Alhamdulillah...

Hari ini terasa rajin untuk membuat coretan, walaupun terkadang sibuk buat kerja dan terkadang terlelap hingga termimpi-mimpi. Tapi rasanya hari ini macam mencurah-curah pulak idea, seolah-olah ada satu kuasa yang memanggilnya. Mungkin sebab banyak topik yang ingin diutarakan. Mungkin juga berita hangat dari sahabat karib di UTM yang telah melangsungkan perkahwinan.




SORI LA BROO... KAWE TOK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS PERKAHWINAN DEMO...BUKAE KAWE SENGAJO BROO... MEMANDANGKAN CUACA YANG TIDAK MENGIZINKAN DITAMBAH PULA BERITA BAHAWA KEADAAN BANJIR DI TERENGGANU DAN KELANTAN BERTAMBAH TERUK... ITULAH YANG MENYEBABKAN KAWE DOK BRANI NOK DATANG... BUKAN KAWE DOK SUDI BRO....JANGAN SALAH ANGGAP... PE PUN, TAHNIAH UNTUK DEMO...DEMO ADO KELEBIHAN DOH DARIPADA KAWE... PAHALA SETIAP AMALAN BERLIPAT GANDA...


Itulah luahan rasa yang telah terbuku di hati sejak 2 minggu yang lepas. Pada awalnya, perancangan telah dibuat untuk mengadakan rombongan ke rumah pengantin lelaki. Tetapi memandangkan manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, maka perancangan yang dibuat agak terpesong sedikit. Itulah sebenarnya kelemahan manusia.

Mungkin hadiah akan menyusul bila pengantin lelaki pulang ke UTM. Masa tu mungkin beliau sedang sibuk menjual karipap dengan menggunakan Grand Livina putihnya. Itulah cita-cita yang dirancang setelah majlis perkahwinan selesai. Rasa ingin benar berjumpa dengannya setelah bergelar suami...Entah sempat atau tidak, maklumlah tanggungjawab suami ni memang banyak. Tapi tak mengapa, boleh dibincang pertemuan tersebut...

Yang penting, tanggungjawab yang harus dipikul semakin bertambah. Dah jadi suami, so semakin sopan rasanya sahabatku ini. Ape pun, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU !!! SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU...






0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...