Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Sunday, November 29, 2009

Walau Jatuh, Tangga Tidak Menimpa...

Malang sungguh buat Arsenal. Kekalahan kedua berturut-trut telah direkodkan. Selepas kekalahan pertama minggu lepas. Malam tadi, mereka mencatat kekalahan kedua di tempat sendiri kepada Chelsea. Bukan kalah tipis, tapi Chelsea menang bergaya. Adakah Arsenal akan mengikut jejak langkah Liverpool yang sedang dilanda kemerosotan? Tapi nampak gayanya, Chelsea semakin menunjukkan taringnya dalam kancah EPL. Namun, Manchester United juga tidak kurang hebatnya. Masih mengekori Chelsea dengan jurang yang agak besar. Kita tunggu dan lihat sama ada ianya hanya pada permulaan ataupun berkekalan. Atau Chelsea juga bakal dibakulsampahkan oleh Manchester United? Ataupun gergasi-gergasi EPL yang berani tunjuk belang sejak kebelakangan ini juga akan ditendang masuk bakl sampah oleh Manchester United??

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Qorban 1430H



Aktiviti hari ini : Seperti tahun-tahun yang sudah, tak sudah-sudah hanya menjadi pemerhati. Menyaksikan dan menyibuk di dapur. Maklumlah esok jatuhnya Hari Raya Qorban. Walaupun tak semeriah di Terengganu dan Kelantan tapi suasana tetap ada walaupun sikit-sikit saja. Dari jam 10 pagi bertungkus lumus menyiapkan "lontong" sejenis makanan orang jawa...Sesuatu hidangan yang special bila tiba sesuatu perayaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf tak sempat nak siapkan coretan ini...Raya pun sudah tiba. Banyak Sangat kerja yang kena siapkan......

Kawan Ku Kawin.....Alhamdulillah...

Hari ini terasa rajin untuk membuat coretan, walaupun terkadang sibuk buat kerja dan terkadang terlelap hingga termimpi-mimpi. Tapi rasanya hari ini macam mencurah-curah pulak idea, seolah-olah ada satu kuasa yang memanggilnya. Mungkin sebab banyak topik yang ingin diutarakan. Mungkin juga berita hangat dari sahabat karib di UTM yang telah melangsungkan perkahwinan.




SORI LA BROO... KAWE TOK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS PERKAHWINAN DEMO...BUKAE KAWE SENGAJO BROO... MEMANDANGKAN CUACA YANG TIDAK MENGIZINKAN DITAMBAH PULA BERITA BAHAWA KEADAAN BANJIR DI TERENGGANU DAN KELANTAN BERTAMBAH TERUK... ITULAH YANG MENYEBABKAN KAWE DOK BRANI NOK DATANG... BUKAN KAWE DOK SUDI BRO....JANGAN SALAH ANGGAP... PE PUN, TAHNIAH UNTUK DEMO...DEMO ADO KELEBIHAN DOH DARIPADA KAWE... PAHALA SETIAP AMALAN BERLIPAT GANDA...


Itulah luahan rasa yang telah terbuku di hati sejak 2 minggu yang lepas. Pada awalnya, perancangan telah dibuat untuk mengadakan rombongan ke rumah pengantin lelaki. Tetapi memandangkan manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, maka perancangan yang dibuat agak terpesong sedikit. Itulah sebenarnya kelemahan manusia.

Mungkin hadiah akan menyusul bila pengantin lelaki pulang ke UTM. Masa tu mungkin beliau sedang sibuk menjual karipap dengan menggunakan Grand Livina putihnya. Itulah cita-cita yang dirancang setelah majlis perkahwinan selesai. Rasa ingin benar berjumpa dengannya setelah bergelar suami...Entah sempat atau tidak, maklumlah tanggungjawab suami ni memang banyak. Tapi tak mengapa, boleh dibincang pertemuan tersebut...

Yang penting, tanggungjawab yang harus dipikul semakin bertambah. Dah jadi suami, so semakin sopan rasanya sahabatku ini. Ape pun, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU !!! SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU...






Tuesday, November 24, 2009

Kemana Halatuju.....Selepas Ini...

SPM datang lagi... Siapa yang tak gerun menanti kedatangannya. Hatta orang yang dah bersedia sekalipun, pastinya terasa gerun bila tiba waktunya. Bahkan mereka-mereka yang gemar ponteng sekolah juga terasa bahangnya. Lebih-lebih lagi orang macam aku, sungguh kelakar apabila mengenangkan kisah silam di sekolah menengah dahulu. Macam-macam perkara terjadi, nampak je skema. Tapi hakikatnya seorang pelajar yang nakal. Tapi taklah sampai tahap melakukan kes berat, sekadar suka-suka saja.

SPM tahun ni aku rasa macam terdetik untuk mengingatinya. Tak tahulah sebab apa, yang pastinya sebelum-sebelum ini tak pernah pun aku berat hati untuk mengetahuinya. Mungkin aku agak rapat dengan Mus'ab, anak penyelia PSM aku yang sekarang ini sedang menduduki SPM.




Selepas peristiwa bermain boling di Skudai Parade, kami agak kerap bermesej. Mungkin susulan dari perbualan semasa bermain boling pada malam minggu beberapa minggu yang lepas. Perbualan kami lebih tertumpu kepada peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Tanggal 18 / 11 / 2009, aku telah menghantar mesej kepadanya dengan memberikan ucapan semoga sukses dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya. Semoga dapat menjawab segala soalan yang diberikan dengan tenang. Aku berharap, kata-kata semangat ini dapat meningkatkan motivasinya semasa berada di dewan peperiksaan. Juga umumnya kepada semua pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, ku doakan agar memperolehi kejayaan didalam peperiksaan SPM ini yang akan menentukan halatuju anda semua selepas ini...

Monday, November 23, 2009

Lambaian Kaabah...




Ku Doakan agar mendapat Haji yang Mabrur dan diterima oleh Allah SWT.




Sekadar hiasan : Gambar Fail ketika Kursus Haji Perdana di UTM Skudai.


Berakhirnya B.I.G !!!

B.I.G...B.I.G...Sebut je pasal B.I.G masing-masing dah tak sedap duduk. Mana taknya, dah la buat time cuti, lama pulak tu...Maklumlah kursus time musim hujan memang tak berapa seronok. Tapi bila dah habis, betul-betul seronok rasanya.




Tapi B.I.G. kali ni memang sempoi. Aktiviti pon menarik, tak lah terlalu bosan. Walaupun hari hujan, tapi dapat buat aktiviti yang dirancang. 6 hari lamanya rasa macam 2 hari saja. So, resolusi daripada kursus tersebut banyak yang diperolehi. Antaranya cara pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah. Jangan ingat itu semua kerja cikgu-cikgu sukan saja. Selaku bakal cikgu baru, perlu diingat bahawa kita akan menjadi kuli dalam hal-hal sedemikian. Dapat juga informasi tentang cara pengendalian pasukan dan pembinaan pasukan dalam melakukan pelbagai aktiviti.

Tuesday, November 17, 2009

ACARA PADANG...

ASSALAMUALAIKUM...

Petang ni rasa seperti terpanggil untuk membuat coretan aktiviti hari ini. Walaupun pada awalnya agak keletihan sebab hari ini kursus diteruskan dengan acara padang. Maklumlah, nak jadi cikgu kena lah berpanas dan berlasak. Bukan stakat aktiviti dalam kelas saja. So, inilah antara aktiviti yang disusun dalam kursus Bina Insan Guru ni. Nak tak nak kena lah buat. Untuk mengelak daripada tanggapan serong guru-guru lain pada guru-guru baru UTM.

Lagipon aktiviti luar lagi menyeronokkan. Cuma panas sikit, maklumlah.... So hari ini starting dengan acara olahraga. Macam-macam lah discuss tentang bagaimana untuk menganjurkan kejohanan olahraga di sekolah. Daripada persiapan awal hinggalah kepada penghujung kejohanan. Daripada pemilihan peserta hinggalah kepada latihan dan pertandingan sebenar. So, sape yang kena buat semua itu??? Tepuk dada tanya diri sendiri...

Sesi pagi tadi rasa dapat banyak input tentang penganjuran kejohanan olahraga sekolah. Ni semua bukan kerja cikgu Pendidikan Jasmani saja... Sapa kata cikgu-cikgu lain tak kena buat??? Kalau dah kena suruh, mulalah nak menggelupor..... Lari sana, lari sini... Cabut sana, cabut sini... Kena lah berani...

Gambar : Sekadar hiasan, tiada kaitan dengan situasi sebenar cerita diatas.


Berbalik pada input pagi tadi, bermula dari persediaan peserta hingga kepada kepegawaian. Bagaimana nak jadi pengadil, tukang jaga masa, penjaga bendera dan lain-lain...Fokus pagi tadi adalah acara trek, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing...Rasa puas hati sebab dapat input yang memang kena tahu oleh tiap-tiap guru....

Sesi petang pula, main bola baling. Antara game yang famous kat sekolah. Famous ke? Tak tahu lah, takde pengalaman mengajar lagi...Apa pun nak pergi bersiap dulu...Member-member sedang menunggu...Okeh, wassalam...

BERCUTI ATAU BERHENTI? Apa-Apa saja lah....



MERDEKA KE AKU SEKARANG NI???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...