Bersua kembali. Rasanya sudah lama tidak membuat coretan. Ini semua gara-gara kesibukan menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pekerja sambilan. Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Tugasan...Tugasa...Tugasan...Apa nak buat, itu semua sudah menjadi prasyarat untuk mendapat markah. Nak markah kene buat kerja. Tapi kalau dah rasa tak nak markah, tak buat pun tidak mengapa.
Itulah lumrah kehidupan, setiap tanggungjawab yang diamanahkan mestilah dilaksanakan walau apa keadaan yang menimpa sekalipun. Ketika susah, resah, duka, sakit dan sebagainya. Itu semua ujian Allah yang teramat kecil bagi hambanya yang mempunyai kesabaran dan kesyukuran.
Bercerita pasal ujian Allah ini, aku baru sahaja menghadapinya. Mungkin disebabkan oleh kesibukan dengan hal-hal keduniaan. Bila Allah menimpakan uian kepada hambaNya, ini menunjukan kasih sayang Allah kepada hambaNya terutamanya aku. Semalam aku telah diserang demam, suhu badan yang diperiksa di Pusat Kesihatan UTM menunjukkan angka 37.8 darjah celcius. Appoinment dengan doktor dibuat dan bila tiba giliran, semuanya aku luahkan kepada doktor wanita tersebut.
Doktor wanita tersebut menegaskan bahawa jika suhu badan melebihi 38 darjah celcius, maka pesakit akan ditahan sebab dikhuatiri dijangkiti penyakit yang lebih serius. Penyakit serius???Oh tidak, nasib baik suhu badanku belum melebihi tahap tersebut. Bersyukur kepada Allah. Aku masih diselamatkan dari wabak tersebut. Keputusan doktor wanita tersebut menyatakan aku sekadar demam, sakit tekak dan batuk sahaja. Alhamdulillah, lega rasanya mendengar.
Selepas mengambil ubat, aku bergegas pulang untuk berehat. Meeting petang itu bersama rakan-rakan CD-Rom dibatalkan. Inilah peluang untuk aku berehat sepuas-puasnya. Lepas makan ubat, aku merehatkan badan diatas katil. Alhamdulilah pagi tadi bangun, rasanya suhu badan sudah berkurangan. SYUKUR ALHAMDULILLAH...

0 comments:
Post a Comment