Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Friday, July 31, 2009

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum......

Bersua kembali. Rasanya sudah lama tidak membuat coretan. Ini semua gara-gara kesibukan menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pekerja sambilan. Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Tugasan...Tugasa...Tugasan...Apa nak buat, itu semua sudah menjadi prasyarat untuk mendapat markah. Nak markah kene buat kerja. Tapi kalau dah rasa tak nak markah, tak buat pun tidak mengapa.

Itulah lumrah kehidupan, setiap tanggungjawab yang diamanahkan mestilah dilaksanakan walau apa keadaan yang menimpa sekalipun. Ketika susah, resah, duka, sakit dan sebagainya. Itu semua ujian Allah yang teramat kecil bagi hambanya yang mempunyai kesabaran dan kesyukuran.

Bercerita pasal ujian Allah ini, aku baru sahaja menghadapinya. Mungkin disebabkan oleh kesibukan dengan hal-hal keduniaan. Bila Allah menimpakan uian kepada hambaNya, ini menunjukan kasih sayang Allah kepada hambaNya terutamanya aku. Semalam aku telah diserang demam, suhu badan yang diperiksa di Pusat Kesihatan UTM menunjukkan angka 37.8 darjah celcius. Appoinment dengan doktor dibuat dan bila tiba giliran, semuanya aku luahkan kepada doktor wanita tersebut.

Doktor wanita tersebut menegaskan bahawa jika suhu badan melebihi 38 darjah celcius, maka pesakit akan ditahan sebab dikhuatiri dijangkiti penyakit yang lebih serius. Penyakit serius???Oh tidak, nasib baik suhu badanku belum melebihi tahap tersebut. Bersyukur kepada Allah. Aku masih diselamatkan dari wabak tersebut. Keputusan doktor wanita tersebut menyatakan aku sekadar demam, sakit tekak dan batuk sahaja. Alhamdulillah, lega rasanya mendengar.

Selepas mengambil ubat, aku bergegas pulang untuk berehat. Meeting petang itu bersama rakan-rakan CD-Rom dibatalkan. Inilah peluang untuk aku berehat sepuas-puasnya. Lepas makan ubat, aku merehatkan badan diatas katil. Alhamdulilah pagi tadi bangun, rasanya suhu badan sudah berkurangan. SYUKUR ALHAMDULILLAH...


satu daripada 5 ubat yang perlu dihabiskan...huhu

Friday, July 24, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA SYA'ABAN

Di dalam bulan Sya'aban terdapat banyak amal kebajikan yang boleh dimiliki oleh orang-orang yang mengambil berat dan mengambil kesempatan beramal didalamnya. Ada pula yang mendefinisikan bulan Sya'aban dengan menghurai huruf demi huruf. Menurut mereka :


(Dari Durratun Nasihin)




Monday, July 20, 2009

SALAM PERAYAAN

SELAMAT MENYAMBUT

AL-ISRA' wa AL-MIKRAJ


PADA 27 REJAB 1430H bersamaan 20 JULAI 2009M




Friday, July 10, 2009

Hari Ini @ Putrajaya

Assalamualaikum....

Lame menyepikan,`agak sibuk sdikit kerna ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Barulah dinamakan Mahasiswa tunjang negara. Laksanakan tugasan tanpa menunggu arahan (hehehehe). Semalam bersama rakan seperjuangan seharian di Universiti Malaya, menjalankan sedikit kajian terhadap beberapa disertasi-disertasi lepas sebagai pelengkap kepada Projek Sarjana Muda yang sedang dijalankan.

Masa yang ada selama seharian semalam bagaikan telur dihujung tanduk. Begitu singkat sehingga dirasakan seperti beberapa minit sahaja. Tidak sempat untuk menunggu sehingga berjanggut. Hari ini merancang untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Perancangan yang sama seperti mana di Universiti Malaya. Dijadualkan sehingga petang berada di UKM sebelum bertolak ke Port Dickson untuk menikmati keindahan suasana pantai dan bermandi-manda.

Untuk erancangan esok hari belum dapat diputuskan, kerana mesyuarat belum dijalankan atas sebab rakan-rakan mesyuarat semuanya syahid di tengah jalan akibat diserang kepenatan.

Syukran..

Sunday, July 5, 2009

1,2,3 JULAI @ DESARU DAMAI BEACH RESORT

3 hari bermusafir di Kota Tinggi.....Bukan makan angin, tapi ade pogram Kursus Pembimbing Rakan Siswa Tahap Dua...Seronok gak la...Tapi kurang bersantai sebabnya banyak slot kuliah yang perlu dihadiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...