Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Thursday, June 18, 2009

PENGALAMAN PERTAMA

Seperti biasa, masuk pejabat jam 8.10 pagi. Secara tak diduga, aku terserempak dengan pengarah bila tiba di pintu belakang pejabat. Nak tak nak kenalah buat muka selamba. Terima segala yang ada, kalau-kalau pengarah tanya sebab ape lambat datang. Fuhhhh........selamat!!! Perselisihan berlaku berserta dengan kalimah 'Assalamualaikum' dan tidak lebih dari itu...

Masuk pejabat, semua staff lelaki tidak seorang pun kelihatan. Pengetahuanku meronta-ronta ingin mengetahuinya. Bila terserempak dengan salah seorang daripadanya, beliau mengajak aku ke Taman Perumahan berhampiran atas sebab menguruskan jenazah. Wahhh, adakah peluang baik untuk tidak masuk pejabat hari ini????

Ohh.....Tidak sama sekali.....

Sampai di rumah jenazah, ramai dikalangan saudara mara dan jiran tetangga yang hadir. Aku turut serta masuk dalam rumah untuk menguruskan jenazah, bukan bahagian mandi tapi sekadar persiapan mengkafankan jenazah. Rasanya pengalaman pertama duduk berhadapan dengan kain kafan.


Bila jenazah siap dimandikan, tiba masa untuk dikafankan. Aku pun turut serta menyumbang tenaga. Macam ni rupanya mengkafankan jenazah. Selama ni tak pernah turut serta secara dekat. Bila dah join rasanya macam nak buat lagi je kan. Itulah nikmatnya bila dapat menyumbangkan tenaga.

Setelah selesai, jenazah disembahyangkan dan disemadikan. Tepat jam 12.30 tengahari baru sampai di pejabat. Rehat 10 minit dan terus solat zohor........

1 comments:

Anonymous said...

perlu menyemak:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...