Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Thursday, June 11, 2009

ANAK JATI KG. BATU 7 SEMAKIN MAJU DAN MEMBANGUN

Petikan dari Berita Harian 12 jun 2009 (Wilayah : Johor m/s 38)

Johor: Tapak semaian jarak 4 beradik jadi tumpuan

Oleh Ahmad Othman
bhnews@bharian.com.my

Projek di Simpang Renggam antara usaha atasi tanah terbiar

SIMPANG RENGGAM: Tanah terbiar jika diusahakan dengan tanaman jangka pendek dan panjang mampu menjana pendapatan sampingan dan berupaya meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Simpang Renggam menganjurkan majlis penerangan dan perasmian Tapak Semaian Pokok Jarak di Kompleks Penghulu Mukim Renggam di sini, baru-baru ini.

Tapak semaian yang menempatkan 80,000 anak pokok jarak yang sedia diedarkan itu adalah usaha titik peluh empat beradik pemuda tempatan yang diketuai Abdul Halim Surif, 37; Abdul Khalil, 34; Abdul Rauf, 35 dan Abdul Rashid, 38.


Halim adalah antara 275 pengusaha nurseri benih pokok jarak seluruh negara yang berdaftar dengan Bionas Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat di Malaysia yang terbabit secara langsung dengan penanaman pokok jarak pagar atau nama saintifiknya Jatropha Curcas untuk menghasilkan biodiesel.

Halim berkata, nurserinya adalah antara 15 nurseri di Johor yang dilantik untuk mengendalikan Pusat Pungutan Hasil Bionas bagi memudahkan peserta yang berdaftar menjual hasil tanaman mereka.

Beliau berkata, biodiesel atau minyak yang dihasilkan dari biji pokok jarak adalah bahan bakar alternatif dari tumbuh-tumbuhan sesuai dan bersifat mesra alam untuk kegunaan enjin dan jentera dengan tentera Jepun pernah menggunakan minyak biji jarak sebagai campuran bahan api pesawat semasa Perang Dunia Kedua.

Katanya, negara maju sudah lama mengenal pasti pokok jarak sebagai satu daripada sumber biodiesel tetapi mereka tidak mempunyai sumber tanaman sendiri.

"Di negara luar, penggunaan biodiesel dan biofuel sudah biasa digunakan dan kebanyakan negara maju mengaplikasikan polisi B5 iaitu mewajibkan lima peratus biofuel dicampur dengan diesel," katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bionas, Zurina Amnan turut hadir memberi penerangan skim penanaman pokok jarak bagi penduduk luar bandar.

Zurina berkata, pokok jarak boleh hidup melebihi 45 tahun, tumbuh dengan cepat, amat sesuai ditanam di iklim tropika seperti Malaysia kerana dalam tempoh enam bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil serta akan berganda selepas dua tahun.

Beliau berkata, seluas 0.4 hektar tanah boleh ditanam dengan 800 pokok jarak dan hasil pengeluaran dalam masa dua tahun pertama kira-kira 3.6 tan buah bagi setiap 0.4 hektar setahun.

Katanya, sebiji buah jarak mengandungi dua hingga empat biji benih yang akan diproses menjadi biodiesel dan bijinya menghasilkan perolehan minyak lebih kurang 33%.

"Penjagaannya mudah, tidak dirosak oleh kebanyakan serangga, ulat atau binatang ternakan, saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik.

"Bionas secara berperingkat sudah membina kilang perahan bagi mengeluarkan minyak mentah Jarak dan kilang penapis bagi memproses minyak mentah Jarak menjadi biodiesel di beberapa lokasi strategik seluruh negara," katanya.

Zurina berkata, dengan kemudahan itu, Bionas berkemampuan mengeluarkan minyak mentah Jarak sebanyak 730,000 tan dan minyak biodiesel Jarak sebanyak 340,000 tan pada pertengahan tahun ini.

“Untuk rekod, Bionas akan membeli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM0.85 sekilogram bersamaan RM850 setan selama 30 tahun," katanya dalam majlis penerangan itu.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.bionas.com.my, www.biofuelbionas.com dan www.bionasmalaysia.com

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Simpang Renggam, Ismail Md Nor, berkata skim penanaman pokok jarak di Simpang Renggam adalah salah satu usaha yang dikenal pasti bagi mengatasi tanah terbiar atau kosong dan sumber ekonomi penduduk setempat.

Beliau berkata, penduduk diberi penerangan potensi tanaman dan jaminan pembelian balik hasil dan terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan sendiri.

Kata Ismail, ia juga bukan bermakna bahawa Pemuda Umno berpeluk tubuh setakat di situ saja tetapi akan meneruskan program lain menjana pendapatan khususnya ekonomi penduduk melalui pelbagai kegiatan pusat pengumpulan hasil pertanian.





Pengusaha Tapak Semaian, Abdul Halim. (Kanan sekali)

Simpang Renggam, Johor, 24 Mei 2009 - Majlis Penerangan dan Perasmian Tapak Semaian di Simpang Renggam, Johor

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku terbaca ruangan Johor pada Berita Harian....Tanpa disangka, artikel berkaitan Tapak Semaian menarik minat aku untuk membaca....... Tanpa disangka, pengusaha tapak semaian tersebut adalah sepupuku....Sebelah rumah aje....tak sangka kan.....Itulah namanya rezeki, tak kenal siapa saja yang boleh memilikinya....aAku pon tumpang berbangga atas kejayaan sepupu dan saudaraku sekalian....Semoga usaha kalian semakin maju dan berjaya......Amin....


12 comments:

Anonymous said...

Predilection casinos? scrutinization this shallow [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and wing it modulate down online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also look into our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] level at http://freecasinogames2010.webs.com and spread the slit requisite folding shin-plasters !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] purlieus is www.ttittancasino.com , net of german gamblers, discharge upon during means of strewn online casino bonus.

Anonymous said...

It isn't hard at all to start making money online in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat forum[/URL], It's not a big surprise if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses alternative or misunderstood avenues to generate an income online.

Anonymous said...

Heya im new to this. I stumbled upon this site I have found It truly accessible & it has helped me out so much. I should be able to give something back and assist other users like it has helped me.

Thanks Everyone, See Ya Later.

Anonymous said...

Hello,
We are very happy to announce the membership pre-registration offering of AllDayGiveaways.Com!
To kick off our membership drive, we are offering a no obligation 16gb WiFi iPad sweepstakes. It is free to enter - just pre-register at www.alldaygiveaways.com.

[URL=http://www.alldaygiveaways.com][B]free sweepstakes[/B][/URL]

Anonymous said...

Heya i'm fresh on here. I came upon this forum I find It exceedingly accessible & its helped me out a great deal. I should be able to contribute and aid other people like it has helped me.

Thank You, See Ya About.

Anonymous said...

Hey im new to this. I hit upon this message board I have found It positively accommodating & its helped me out loads. I hope to give something back & help other people like its helped me.

Cheers all, See Ya Around.

Anonymous said...

Howdy i am fresh to this, I came upon this chat board I find It very helpful & it has helped me loads. I hope to contribute & guide others like it has helped me.

Cheers, See Ya Later.

Anonymous said...

Howdy im new to this. I stumbled upon this message board I find It truly accommodating & it's helped me so much. I should be able to give something back and assist others like its helped me.

Thanks Everyone, See You Later.

Anonymous said...

Sup im new here, I came accross this message board I find It exceedingly useful and it's helped me out a great deal. I should be able to give something back & assist other users like its helped me.

Thank You, See You Around

Anonymous said...

Howdy everybody, wonderul chat board I have found It incredibly accommodating and it has helped me out alot
I hope to be able to contribute & guide others like this message board has helped me

Anonymous said...

Hey i am new on here. I came accross this board I have found It quite accommodating & it has helped me loads. I hope to give something back and support other users like its helped me.

Cheers all, Catch You Around.

Anonymous said...

Hiya i'm fresh to this, I stumbled upon this forum I have found It quite accommodating & it has helped me out loads. I hope to give something back and aid other people like its helped me.

Cheers, Catch You Later.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...