Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Monday, June 29, 2009

Sabtu-Ahad-Isnin......HOLIDAY!!!


Salam...Maaf coz tak sempat nak mencurahkan idea. Cuti minggu ni berjalan sakan...Sabtu ke Nilai 3, Ahad ke Muar dan Mersing dan Isnin ke Singapore.


Thursday, June 18, 2009

PENGALAMAN PERTAMA

Seperti biasa, masuk pejabat jam 8.10 pagi. Secara tak diduga, aku terserempak dengan pengarah bila tiba di pintu belakang pejabat. Nak tak nak kenalah buat muka selamba. Terima segala yang ada, kalau-kalau pengarah tanya sebab ape lambat datang. Fuhhhh........selamat!!! Perselisihan berlaku berserta dengan kalimah 'Assalamualaikum' dan tidak lebih dari itu...

Masuk pejabat, semua staff lelaki tidak seorang pun kelihatan. Pengetahuanku meronta-ronta ingin mengetahuinya. Bila terserempak dengan salah seorang daripadanya, beliau mengajak aku ke Taman Perumahan berhampiran atas sebab menguruskan jenazah. Wahhh, adakah peluang baik untuk tidak masuk pejabat hari ini????

Ohh.....Tidak sama sekali.....

Sampai di rumah jenazah, ramai dikalangan saudara mara dan jiran tetangga yang hadir. Aku turut serta masuk dalam rumah untuk menguruskan jenazah, bukan bahagian mandi tapi sekadar persiapan mengkafankan jenazah. Rasanya pengalaman pertama duduk berhadapan dengan kain kafan.


Bila jenazah siap dimandikan, tiba masa untuk dikafankan. Aku pun turut serta menyumbang tenaga. Macam ni rupanya mengkafankan jenazah. Selama ni tak pernah turut serta secara dekat. Bila dah join rasanya macam nak buat lagi je kan. Itulah nikmatnya bila dapat menyumbangkan tenaga.

Setelah selesai, jenazah disembahyangkan dan disemadikan. Tepat jam 12.30 tengahari baru sampai di pejabat. Rehat 10 minit dan terus solat zohor........

Monday, June 15, 2009

PINDAH BILIK BARU


Assalamualaikum.....

Harini aku masuk pejabat lewat skit.....sekitar 8.15.....tapi rasenye itu perkara biasa aku masukpejabat waktu begitu.....maklumlah pekerja biasa....insan biasa yang bernama manusia....seringkali tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.....terkadang alpa bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan.....

Masuk je pejabat, semua orang sedang sibuk-sibuk mengemas barang...seakan-akan banjir besar akan melanda....ribut taufan akan menjelma....dan tsunami akan berulang kembali.....setelah diselidik dan dikaji berdasarkan unsur-unsur kaedah penyelidikan dalam pendidikan yang telah aku pelajari, makanya punca mereka mengemas barang diwaktu pagi-pagi hari ialah bertujuan nak pindah bilik baru......bukan semua, pegawai-pegawai atasan sahaja.....jadi aku secara tak langsung merelakan diri untuk menderma tenaga.....


tup......tap......tup....tap.......jam menunjukkan jam 10 pagi..........

Keadaan pejabat seperti padang bola, semua barang-barang telah dipunggah.....UNTUK APA SEMUA ITU DILAKUKAN?????.....ooohhh, rupanya nak tukar karpet baru.....ingatkan ade tournament futsal......kalau ada kosong nak gak join.....hehehehe.....

Dah siap kemas.......semua barang-barang pegawai atasan sudah selesai dipunggah kedalam bilik baru.....Alhamdulillah, puas hati rasanya dapat menyumbangkan tenaga kepada orang lain....jadi sekarang ni nak rehat dulu.....nak hilangkan penat dan bau-bau badan sebab berpeluh.....ok rehat dulu yer.....wassalam......

Sunday, June 14, 2009

HARI ISNIN DATANG LAGI.......


Harini terdetik hati untuk membuat coretan dalam blog ni... Rasenye da lame xmengarang ayat.....Tp harini bukan untuk menyuarakan pendapat atau pandangan...Tetapi ingin berkongsi sedikit informasi yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu mengenainya.......Setiap kali hari isnin menjelma, pasti ada saja rungutan hati kecil dari seorang hamba yang bergelar studen @ pelajar sekolah....oleh kerana harini cuti sekolah sudah tamat dan budak-budak sekolah kembali ke alam persekolahan.....pasti ada segelintir mereka yang lena dibuai cuti, menyambung percutian mereka....maklumlah, ada pengalaman kan...hehehe...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DI UCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN ANAK DIDIKNYA.....


Apa yang nak dikongsidisini ialah peristiwa yang berlaku pada hari ISNIN yang telah menjadi ingatan dalam sejarah dunia ISLAM......

Peristiwa tersebut ialah antaranya :

1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s. berangkat ke bukit Tursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat pertama kali.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhammad dilaporkan pada hari ISNIN.

Berikut diantara peristiwa yang berlaku pada hari ISNIN. Jadi bagi siapa yang lahir pada hari ISNIN patut berbangga kerana sama hari dengan kelahiran Nabi s.a.w. Dan hari ISNIN juga dilaporkan segala amalan dan perbuatan anak Adam. Maka perbanyakkanlah amalan sebelum menjelang hari ISNIN...

p/s : Renung dan Amalkan..........

Thursday, June 11, 2009

ANAK JATI KG. BATU 7 SEMAKIN MAJU DAN MEMBANGUN

Petikan dari Berita Harian 12 jun 2009 (Wilayah : Johor m/s 38)

Johor: Tapak semaian jarak 4 beradik jadi tumpuan

Oleh Ahmad Othman
bhnews@bharian.com.my

Projek di Simpang Renggam antara usaha atasi tanah terbiar

SIMPANG RENGGAM: Tanah terbiar jika diusahakan dengan tanaman jangka pendek dan panjang mampu menjana pendapatan sampingan dan berupaya meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Simpang Renggam menganjurkan majlis penerangan dan perasmian Tapak Semaian Pokok Jarak di Kompleks Penghulu Mukim Renggam di sini, baru-baru ini.

Tapak semaian yang menempatkan 80,000 anak pokok jarak yang sedia diedarkan itu adalah usaha titik peluh empat beradik pemuda tempatan yang diketuai Abdul Halim Surif, 37; Abdul Khalil, 34; Abdul Rauf, 35 dan Abdul Rashid, 38.


Halim adalah antara 275 pengusaha nurseri benih pokok jarak seluruh negara yang berdaftar dengan Bionas Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat di Malaysia yang terbabit secara langsung dengan penanaman pokok jarak pagar atau nama saintifiknya Jatropha Curcas untuk menghasilkan biodiesel.

Halim berkata, nurserinya adalah antara 15 nurseri di Johor yang dilantik untuk mengendalikan Pusat Pungutan Hasil Bionas bagi memudahkan peserta yang berdaftar menjual hasil tanaman mereka.

Beliau berkata, biodiesel atau minyak yang dihasilkan dari biji pokok jarak adalah bahan bakar alternatif dari tumbuh-tumbuhan sesuai dan bersifat mesra alam untuk kegunaan enjin dan jentera dengan tentera Jepun pernah menggunakan minyak biji jarak sebagai campuran bahan api pesawat semasa Perang Dunia Kedua.

Katanya, negara maju sudah lama mengenal pasti pokok jarak sebagai satu daripada sumber biodiesel tetapi mereka tidak mempunyai sumber tanaman sendiri.

"Di negara luar, penggunaan biodiesel dan biofuel sudah biasa digunakan dan kebanyakan negara maju mengaplikasikan polisi B5 iaitu mewajibkan lima peratus biofuel dicampur dengan diesel," katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bionas, Zurina Amnan turut hadir memberi penerangan skim penanaman pokok jarak bagi penduduk luar bandar.

Zurina berkata, pokok jarak boleh hidup melebihi 45 tahun, tumbuh dengan cepat, amat sesuai ditanam di iklim tropika seperti Malaysia kerana dalam tempoh enam bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil serta akan berganda selepas dua tahun.

Beliau berkata, seluas 0.4 hektar tanah boleh ditanam dengan 800 pokok jarak dan hasil pengeluaran dalam masa dua tahun pertama kira-kira 3.6 tan buah bagi setiap 0.4 hektar setahun.

Katanya, sebiji buah jarak mengandungi dua hingga empat biji benih yang akan diproses menjadi biodiesel dan bijinya menghasilkan perolehan minyak lebih kurang 33%.

"Penjagaannya mudah, tidak dirosak oleh kebanyakan serangga, ulat atau binatang ternakan, saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik.

"Bionas secara berperingkat sudah membina kilang perahan bagi mengeluarkan minyak mentah Jarak dan kilang penapis bagi memproses minyak mentah Jarak menjadi biodiesel di beberapa lokasi strategik seluruh negara," katanya.

Zurina berkata, dengan kemudahan itu, Bionas berkemampuan mengeluarkan minyak mentah Jarak sebanyak 730,000 tan dan minyak biodiesel Jarak sebanyak 340,000 tan pada pertengahan tahun ini.

“Untuk rekod, Bionas akan membeli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM0.85 sekilogram bersamaan RM850 setan selama 30 tahun," katanya dalam majlis penerangan itu.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.bionas.com.my, www.biofuelbionas.com dan www.bionasmalaysia.com

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Simpang Renggam, Ismail Md Nor, berkata skim penanaman pokok jarak di Simpang Renggam adalah salah satu usaha yang dikenal pasti bagi mengatasi tanah terbiar atau kosong dan sumber ekonomi penduduk setempat.

Beliau berkata, penduduk diberi penerangan potensi tanaman dan jaminan pembelian balik hasil dan terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan sendiri.

Kata Ismail, ia juga bukan bermakna bahawa Pemuda Umno berpeluk tubuh setakat di situ saja tetapi akan meneruskan program lain menjana pendapatan khususnya ekonomi penduduk melalui pelbagai kegiatan pusat pengumpulan hasil pertanian.





Pengusaha Tapak Semaian, Abdul Halim. (Kanan sekali)

Simpang Renggam, Johor, 24 Mei 2009 - Majlis Penerangan dan Perasmian Tapak Semaian di Simpang Renggam, Johor

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku terbaca ruangan Johor pada Berita Harian....Tanpa disangka, artikel berkaitan Tapak Semaian menarik minat aku untuk membaca....... Tanpa disangka, pengusaha tapak semaian tersebut adalah sepupuku....Sebelah rumah aje....tak sangka kan.....Itulah namanya rezeki, tak kenal siapa saja yang boleh memilikinya....aAku pon tumpang berbangga atas kejayaan sepupu dan saudaraku sekalian....Semoga usaha kalian semakin maju dan berjaya......Amin....


Wednesday, June 10, 2009

Holiday.......1-10 june 2009

Lame sudah tak mengarang.... terlalu sibuk rasenya sebab lame sangat cuti....budak2 sekolah cuti pon aku sibuk2 nak cuti gak.....da abis cuti rase xde mood plak nak sambung keje...hehehhee....tu yang blog sunyi jer....holiday kat pulau, xde internet...so terpaksa sunyikan diri dari blog...sorry......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...