GURU
Tangan yang menyempurnakan
belaian ayah bonda
mereka memberat perkembanganjasmani
guru menggilap sakhsiah rohani
tiap sampai ke puncak kejayaan
di belakang guru berperanan
kecil namamu besar jasamu
di antara silang kehidupan
engkau membimbing ke jalan lempang.
Guru
siapa melebihi jasamu
lain daripada ayah ibu
engkau lilin terus menyala
bertukar ditelan cahaya
tiada ganjaran menyamai
tiada kata selayak dipuji
hanya penyerahan kepada Ilahi
membalas budi.
Buah duku di hujung dahan,
gugur bertabur di tepi tangga;
jasa guru tetap dikenang,
menghambur ilmu mendidik warga.
| |
1 comments:
belajar banyak
Post a Comment