Pages


Untuk resolusi yang besar, sila tekan butang "CTRL" dan "+" . Manakala untuk resolusi yang kecil, sila tekan "CTRL" dan "-" . Harap maklum.

Wednesday, May 13, 2009

Duit Oh Duit......Nak Ke Mana Kau Duit......

Barang inilah yang menjadikan manusia pelupa semakin lalai.....


Hari ini Hari Khamis bersamaan 14 April 2009.......Dan tarikh ini juga menjadi satu sejarah dalam kehidupan aku di UTM.....Selama hampir 4 tahun menginap di bumi UTM ini, tidak pernah aku mengalaminya....Atas sebab itulah aku boleh bergelak besar kepada mereka yang kerap kali mengalaminya.....

Mana mungkin hari ini merupakan pengajaran bagiku atas keegoan dan kesombongan aku terhadap mereka yang terkena.....Oh, tidak......Atau ini sekadar ujian untuk aku lebih berjaga-jaga ketika menetap dan menghuni di bumi UTM????? Mungkin itulah sebabnya.....Bukan aku nak menuduh bahawa di tempat aku menginap ini terdapat penyangak, perompak atau sewaktu dengannya.....Tetapi ia menjadi satu rahsia bagi orang kebiasaan kecuali pelajar-pelajar di sini.... Perkara ini seringkali berlaku sewaktu musim-musim peperiksaan akhir....Kalian semua pasti sudah mengerti apakah ia....

Malangnya hari ini aku telah masuk ke perangkap.....Tak pasal-pasal kene menulis surat semata-mata untuk membuat rayuan....Kenapalah perkara ini perlu aku buat???? Sedangkan pada ketika ini mereka patut bertolak ansur..... Tiada apa yang mereka dapat dengan berbuat demikian.....Bukannya dapat ganjaran atau dapat naik pangkat.....Aku pun tak faham dengan mereka...Apakah yang sebenarnya mereka mahukan dengan berbuat demikian????? Atau mungkin mereka buat demikian semata-mata kerana keseronokan????? Ataupun atas sebab membalas dendam???

Susah nak difikirkan segala kemungkinan yang berlaku.....Nak dibiarkan, takut-takut semakin mengganas...Dibiarkan semakin memeningkan kepala....Ah!!!!! lantaklah.....buat lah apa yang korang suka....Yang penting kerja dan tujuan aku disini terlaksana dan tercapai....Sungguh stress aku pada hari ini....Nasib baiklah penjaga kaunter yang aku jumpa peramah orangnya.....Itu yang membuatkan aku berminat untuk membuat surat rayuan......Kalau tidak, lantaklah apa nak jadi....

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...